Sunday, May 22, 2011

KL Gangster !!!

Sinopsis





Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai.. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap...





Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa.. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru.. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini...  Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster...





Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang..  Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa.. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan.. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark.. Sayap Shark semakin berkembang.. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat.. Beliau terasa tercabar.. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat..





King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin.. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya.. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya..  Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri... Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.. Nantikan di pawagam..



KL Gangster Official trailer :




INFO: KL Gangster
GENRE: Aksi drama
TERBITAN: Skop Productions Sdn Bhd
PENGARAH: Syamsul Datuk Yusof Haslam (filem kelima arahannya)
PENOLONG PENGARAH: Rizal Ashreff
SKRIP: Syamsul dan Rizal
PENGARAH FOTOGRAFI: Omar Ismail
PENGURUS PRODUKSI: Isma Reza dan Nasrul Afifi Mohd Nayan
KAREOGRAFI AKSI: Mohd Razif Salimin
TEMPOH PENGGAMBARAN: 9 Jun 2010 hingga 15 Julai 2010
LOKASI: Sekitar Kuala Lumpur & Melaka Bandaraya Bersejarah
PELAKON: Aaron Aziz sebagai (Malik), Syamsul (Shark), Adi Putra (Jai), Soffi Jikan (Ajib), Adam Corrie (Dragon), 
Ridzuan Hashim (King), Zizan Raja Lawak (Fadil) dan Sheera Iskandar (Zati)
KOS PRODUKSI: sekitar RM1.8 juta
JANGKA TAYANG: 16 JUN 2011


p/s : '' tak kira lu abang long ka, ayahanda ka ! KL nie gua yg pegang ! '' ehehe...jgn slh paham nie antare dialog power citew tu...

No comments:

Post a Comment